Sunday, March 28, 2010

cover

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:40 AM 0 comments

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN

KAF 2023

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI

Kumpulan A




NAMA AHLI: NO.MATRIK:


Nurul Wahida Binti Mat D20082033970


Siti Rokiah Binti Ismail D20082034021


Maghfurah Binti Mohd Zahir D20082034023


Norabza Binti Abdullah D20082034024


Nor Azfarina Binti Ab Aziz D20082034031


Noorhaasyikin Binti Zakaria D20082034071


NAMA PENSYARAH:


Cik Norly Binti Jamil

Isi kandungan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:39 AM 0 comments

Isi kandungan

PENGHARGAAN

1.0 Pengenalan

2.0 Kestabilan

2.1    Definisi kestabilan

2.2    Prinsip-prinsip kestabilan

2.3     Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan

2.4    Implikasi kestabilan terhadap kanak-kanak

2.0 Asas kawalan motor

3.1    Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (involuntari)

3.2    Lakuan Motor Berkemahiran (voluntari)

3.2.1    Kemahiran Generik

3.2.2    Kemahiran Berobjektif

4.0    Pengelasan Kemahiran Motor

4.1    Kriteria Ketepatan Lakuan

4.2    Kriteria Ciri Pergerakan

4.3    Kriteria Stabiliti Persekitaran

5.0 Menggenggam dan mencapai (grasping and reaching)

5.1    Menggenggam

5.1.1    Beza kekuatan genggaman mengikut umur kanak- kanak

6.0 Mencapai

6.1    Pre- reaching

6.2    Mencapai apabila melihat

6.3    Mencapai secara tepat

7.0 Aktiviti mencapai dan menggenggam menggunakan dua tangan

8.0 Peranan postur tulang


8.1    Tulang Belakang

8.2    Susunan tulang belakang kita

9.0    Kesimpulan

10.0    Bibliografi

penghargaan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:37 AM 1 comments

PENGHARGAAN


 

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan hidayah kepada kami sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kumpulan yang bertajuk kestabilan dan pergerakan voluntari kanak-kanak ini dengan sempurna dan jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Cik Norly Binti Jamil kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang banyak membantu terutamanya dari segi kewangan serta rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan, nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan mereka dan daya usaha kami sendiri dapatlah kami mencari maklumat berkaitan tugasan ini dengan lancar.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap segala maklumat yang telah kami perolehi dapat kami gunakan sebaik-baiknya samada untuk tujuan peperiksaan atau selepas kami menjadi guru kelak disamping mendidik anak-anak bangsa.


 

Sekian terima kasih.

pengenalan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:35 AM 0 comments

1.0 Pengenalan

Kestabilan bermaksud keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Stabiliti dicapai apabila daya yang dikenakan dalam sebarang arah dapat diseimbangkan oleh daya yang sama bertindak dalam arah yang bertentangan. Contohnya, apabila individu berdiri dengan menggunakan satu kaki atau berjaya meletakkan buku atas kepala.

Selain itu, kestabilan juga ialah kesempurnaan dan kelicinan pergerakan manusia bergantung kepada keupayaan badan atau anggota menyeimbangkan diri dan anggota yang berkenaan. Keseimbangan badan ada kaitan dengan keseimbangan dan pusat graviti. Manusia sentiasa berada dalam keadaan pegun atau bergerak. Manusia sentiasa dikawal oleh prinsip statik ketika ia sedang pegun dalam prinsip dinamik.

Oleh kerana demikian, hukum graviti sentiasa beroperasi keatas bumi, maka masalah kestabilan sentiasa wujud. Selagi manusia bergerak selagi itulah mereka perlu mengubah kedudukan dengan tarikan gravity yang berada pada badannya. Mungkin hanya ketika tidur atau baring berehat dia tidak perlu bertindak balas keatas daya atau tarikan graviti.

Kemahiran motor kasar pula bermaksud pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan. Otot-otot besar seperti kaki dan tangan. Perkembangan motor kasar dipengaruhi oleh latihan yang diberi kepada bayi. Contohnya aktiviti yang melibatkan menendang atau membaling. Kemahiran motor halus bermaksud pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot kecil pada anggota badan seperti jari dan lengan. Aktiviti motor halus seperti menggenggam, mencapai dan menepuk. Bagi bayi, sebelum dapat menggerakkan motor kasar, perkembangannya akan dimulakan dengan menggerakkan motor halus terlebih dahulu dan diikuti dengan pergerakan motor kasar. Kebolehan bergerak di dalam satu garisan lurus atau pun bengkok dengan semua bahagian badan berada pada arah dan kelajuan yang sama adalah maksud bagi kemahiran lokomotor manakala kemahiran bukan lokomotor bermaksud kebolehan pergerakan badan dalam keadaan tetap dan tidak berulang-ulang.

kestabilan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:22 AM 0 comments

2.0 Kestabilan

2.1 Definisi kestabilan

Terdapat pelbagai takrifan yang berkaitan dengan kestabilan, menurut Kamus Dewan edisi ketiga kestabilan dapat ditakrifkan sebagai perihal atau kedaan stabil (tidak berubah ubah, mantap, tenang). Walaubagaimanapun di sini kita ingin membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan kestabilan imbangan tubuh manusia terutama dari perspektif kanak-kanak. Kestabilan juga turut dikenali atau difahami sebagai keseimbangan. Maka kestabilan tubuh pula boleh dihurai sebagai kemampuan untuk mempertahankan pusat graviti pada tapak sokongan terutama pada posisi tegak. Menurut Gallahue (1993), Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut

2.2 Prinsip-prinsip kestabilan

Keseimbangan adalah kemampuan untuk mempertahankan tubuh dalam posisi keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik (bergerak), serta melibatkan aktiviti otot yang minima. Seterusnya keseimbangan juga boleh diertikan sebagai kemampuan relatif untuk mengawal pusat jisim tubuh (center of mass) atau pusat graviti (center of gravity) terhadap tapak sokongan (base of support).

Selain itu keseimbangan atau kestabilan melibatkan pelbagai gerakan pada setiap segmen tubuh dengan di sokong oleh sistem muskuloskleletal dan bidang tumpu. Kemampuan untuk menyeimbangkan jisim tubuh dengan tapak sokongan akan membuat manusia mampu untuk melakukan aktiviti secara efektif dan efisien. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu;

a. Keseimbangan statik

Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.

b. Keseimbangan dinamik

Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

Keseimbangan merupakan keadaan stabil dan tenang yang diperolehi apabila semua perubahan bahagian dikawal rapi. Sebagai contoh, putaran gasing yang tidak rebah tetapi berdiri dalam ketenangan kerana kuasa yang menarik dan menolak dikawal dengan sama rata. Keseimbangan, yang bagaikan keadaan tanpa gerakan kerana ketenangan adalah berbeza dengan tiada gerakan. Ia meliputi lebih banyak gerakan berbanding satu gerakan mudah, maka ia bukan ketenangan tetapi keseimbangan.

Oleh itu dapat difahami di sini bahawa lebih dekat garisan graviti berada di pusat tapak sokongan maka lebih stabil dan tapak sokongan yang lebih besar akan menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan stabil. Sebagai contoh bayi yang berusia 4 hingga 6 bulan yang mula belajar duduk akan duduk dalam keadaan kaki berlunjur kehadapan. Hal ini kerana bayi memerlukan tanpa sokongan yang lebih besar bagi membantunya untuk duduk dengan stabil.

Tapak sokongan yang lebih dekat dengan pusat graviti mempengaruhi kestabilan

Tapak sokongan yang lebih besar mempengaruhi kestabilan


2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan

a. Pusat graviti (Center of Gravity-COG)

Pusat graviti terdapat pada semua objek dan benda, pusat graviti terletak tepat di tengah sesuatu objek atau benda tersebut. Pusat graviti adalah titik utama pada tubuh yang akan mengagihkan jisim tubuh secara merata. Apabila tubuh selalu disokong oleh titik ini, maka tubuh berada dalam keadaan seimbang. Pada manusia, pusat graviti berpindah mengikut arah atau perubahan berat. Pusat graviti manusia ketika berdiri tegak adalah berada tepat di atas pinggang diantara depan dan belakang vertebra sakrum yang ke dua. Darjah kestabilan tubuh dipengaruhi oleh empat faktor iaitu :

i. Ketinggian dari titik pusat graviti dengan tapak sokongan

ii. Keluasan tapak sokongan,

iii. Lokasi garis graviti dengan tapak sokongan

iv. Berat badan

b. Garisan gravitasi (Line of Gravity-LOG)

Garisan graviti merupakan garisan imaginasi yang berada vertikal melalui pusat graviti dengan pusat bumi. Hubungan antara garisan graviti, pusat graviti dengan bidang tumpu adalah menentukan darjah kestabilan tubuh.

c. Tapak sokongan (Base of Support-BOS)

Tapak sokongan merupakan bahagian tubuh yang berhubungan dengan permukaan tumpuan. Ketika garisan graviti berada tepat di tapak sokongan, tubuh dalam keadaan seimbang. Kestabilan yang baik terbentuk mengikut keluasan tapak sokongan. Semakin besar tapak sokongan, semakin tinggi kestabilan. Misalnya berdiri dengan kedua kaki akan lebih stabil dibanding berdiri dengan satu kaki. Semakin dekat tapak sokongan dengan pusat graviti, maka kestabilan tubuh semakin tinggi.

2.4 Implikasi kestabilan terhadap kanak-kanak

Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik bagi proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh rangsangan persekitaran sama ada yang berbentuk positif atau negatif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak melalui pengalaman fizikal. Jadi di sini kanak-kanak dapat mempelajari tentang kestabilan tubuh seterusnya menguasainya melalui pengalaman serta aktiviti fizikal yang dijalankan. Sebagai contoh kanak-kanak boleh dilatih keseimbangan tubuhnya dengan melakukan aktiviti berjalan di atas papan imbangan, menunggang basikal serta menggunakan kasut roda. Mungkin pada awalnya kanak-kanak akan terjatuh kerana tidak dapat mengawal keseimbangan tubuh mereka dengan baik, namun aktiviti yang dilakukan dengan kerap dapat membantu mereka menguasainya. Justeru itu, aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan yakin.

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez