2.0 Kestabilan
2.1 Definisi kestabilan
Terdapat pelbagai takrifan yang berkaitan dengan kestabilan, menurut Kamus Dewan edisi ketiga kestabilan dapat ditakrifkan sebagai perihal atau kedaan stabil (tidak berubah ubah, mantap, tenang). Walaubagaimanapun di sini kita ingin membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan kestabilan imbangan tubuh manusia terutama dari perspektif kanak-kanak. Kestabilan juga turut dikenali atau difahami sebagai keseimbangan. Maka kestabilan tubuh pula boleh dihurai sebagai kemampuan untuk mempertahankan pusat graviti pada tapak sokongan terutama pada posisi tegak. Menurut Gallahue (1993), Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut
2.2 Prinsip-prinsip kestabilan
Keseimbangan adalah kemampuan untuk mempertahankan tubuh dalam posisi keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik (bergerak), serta melibatkan aktiviti otot yang minima. Seterusnya keseimbangan juga boleh diertikan sebagai kemampuan relatif untuk mengawal pusat jisim tubuh (center of mass) atau pusat graviti (center of gravity) terhadap tapak sokongan (base of support).
Selain itu keseimbangan atau kestabilan melibatkan pelbagai gerakan pada setiap segmen tubuh dengan di sokong oleh sistem muskuloskleletal dan bidang tumpu. Kemampuan untuk menyeimbangkan jisim tubuh dengan tapak sokongan akan membuat manusia mampu untuk melakukan aktiviti secara efektif dan efisien. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu;
a. Keseimbangan statik
Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.
b. Keseimbangan dinamik
Ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.
Keseimbangan merupakan keadaan stabil dan tenang yang diperolehi apabila semua perubahan bahagian dikawal rapi. Sebagai contoh, putaran gasing yang tidak rebah tetapi berdiri dalam ketenangan kerana kuasa yang menarik dan menolak dikawal dengan sama rata. Keseimbangan, yang bagaikan keadaan tanpa gerakan kerana ketenangan adalah berbeza dengan tiada gerakan. Ia meliputi lebih banyak gerakan berbanding satu gerakan mudah, maka ia bukan ketenangan tetapi keseimbangan.
Oleh itu dapat difahami di sini bahawa lebih dekat garisan graviti berada di pusat tapak sokongan maka lebih stabil dan tapak sokongan yang lebih besar akan menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan stabil. Sebagai contoh bayi yang berusia 4 hingga 6 bulan yang mula belajar duduk akan duduk dalam keadaan kaki berlunjur kehadapan. Hal ini kerana bayi memerlukan tanpa sokongan yang lebih besar bagi membantunya untuk duduk dengan stabil.
Tapak sokongan yang lebih dekat dengan pusat graviti mempengaruhi kestabilan
Tapak sokongan yang lebih besar mempengaruhi kestabilan
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan
a. Pusat graviti (Center of Gravity-COG)
Pusat graviti terdapat pada semua objek dan benda, pusat graviti terletak tepat di tengah sesuatu objek atau benda tersebut. Pusat graviti adalah titik utama pada tubuh yang akan mengagihkan jisim tubuh secara merata. Apabila tubuh selalu disokong oleh titik ini, maka tubuh berada dalam keadaan seimbang. Pada manusia, pusat graviti berpindah mengikut arah atau perubahan berat. Pusat graviti manusia ketika berdiri tegak adalah berada tepat di atas pinggang diantara depan dan belakang vertebra sakrum yang ke dua. Darjah kestabilan tubuh dipengaruhi oleh empat faktor iaitu :
i. Ketinggian dari titik pusat graviti dengan tapak sokongan
ii. Keluasan tapak sokongan,
iii. Lokasi garis graviti dengan tapak sokongan
iv. Berat badan
b. Garisan gravitasi (Line of Gravity-LOG)
Garisan graviti merupakan garisan imaginasi yang berada vertikal melalui pusat graviti dengan pusat bumi. Hubungan antara garisan graviti, pusat graviti dengan bidang tumpu adalah menentukan darjah kestabilan tubuh.
c. Tapak sokongan (Base of Support-BOS)
Tapak sokongan merupakan bahagian tubuh yang berhubungan dengan permukaan tumpuan. Ketika garisan graviti berada tepat di tapak sokongan, tubuh dalam keadaan seimbang. Kestabilan yang baik terbentuk mengikut keluasan tapak sokongan. Semakin besar tapak sokongan, semakin tinggi kestabilan. Misalnya berdiri dengan kedua kaki akan lebih stabil dibanding berdiri dengan satu kaki. Semakin dekat tapak sokongan dengan pusat graviti, maka kestabilan tubuh semakin tinggi.
2.4 Implikasi kestabilan terhadap kanak-kanak
Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik bagi proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh rangsangan persekitaran sama ada yang berbentuk positif atau negatif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak melalui pengalaman fizikal. Jadi di sini kanak-kanak dapat mempelajari tentang kestabilan tubuh seterusnya menguasainya melalui pengalaman serta aktiviti fizikal yang dijalankan. Sebagai contoh kanak-kanak boleh dilatih keseimbangan tubuhnya dengan melakukan aktiviti berjalan di atas papan imbangan, menunggang basikal serta menggunakan kasut roda. Mungkin pada awalnya kanak-kanak akan terjatuh kerana tidak dapat mengawal keseimbangan tubuh mereka dengan baik, namun aktiviti yang dilakukan dengan kerap dapat membantu mereka menguasainya. Justeru itu, aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan yakin.