Sunday, March 28, 2010

Menggengam dan mencapai

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 7:27 AM

5.0 Menggenggam dan mencapai (Grasping And Reaching)

Grasping and reaching atau keupayaan menggenggam dan mencapai merupakan satu perkembangan semasa di peringkat bayi kepada peringkat yang lebih matang iaitu kanak- kanak. Perkembangan menggenggam dan mencapai adalah untuk mendapatkan sesuatu objek. Peringkat menggenggam dan mencapai bermula daripada kekuatan lengan untuk menyentuh objek.

5.1 Menggenggam

Mengikut H.M. Halverson (1931 ), menghuraikan tentang tahap perkembangan genggaman di mana tahap perkembangan menggenggam mempunyai 2 tahap:

a. Tahap 1 :

Bayi berumur antara 16 minggu hingga 52 minggu dapat menggenggam satu objek dengan kedua- dua belah tangan. Bayi pada tahap ini biasanya akan menggenggam dan membelek objek tersebut dengan menggunakan ibu jari mereka. Jenis genggaman ini disebut sebagai genggaman terkumpul bagi menghasilkan suatu usaha atau kuasa menggenggam.

b. Tahap 2 :

Setelah bayi mencapai usia 9 bulan, bayi pandai dan boleh menggunakan semua jari mereka untuk menggenggam objek. Genggaman ini lebih dikenali sebagai perkembangan dalam ketepatan mencengkam objek. Secara kesimpulannya, perkembangan menggenggam untuk tahun pertama umur bayi adalah merupakan perkembangan daripada kebolehan mencengkam kepada kebolehan mencengkam dengan baik dan tepat.



Jadual : Peringkat perkembangan menggenggam



Mengikut Halverson dalam Hohlstein (1982), keupayaan menggenggam adalah tertumpu kepada saiz, ukuran dan bentuk sesuatu objek. Kekuatan cengkaman atau genggaman sesuatu objek bagi kanak- kanak bagi kanak- kanak adalah dipengaruhi oleh bentuk dan saiz objek itu. Halverson juga turut menjelaskan terhadap tahap- tahap yang saling berkaitan dengan tingkah laku kanak- kanak. Beliau menyimpulkan bahawa tahap umur kanak- kanak adalah faktor utama kepada perkembangan dalam menggenggam. Setiap tahap dalam keupayaan menggenggam adalah berkaitan dengan kematangan neuromotor. Walaubagaimanapun, keupayaan menggenggam juga adalah berdasarkan bentuk dan saiz objek yang dipegang. Faktornya juga banyak dipengaruhi oleh keupayaan kanak- kanak terhadap persekitaran dan cara berinteraksi dengan setiap pergerakan tangan dengan objek.

Mengikut pendapat Newell, Scully, Mc Donald and Billargeon (1989) melihat 4 hingga 8 bulan berbeza dari segi perkembangan genggaman sebuah gabus dan cawan. Mereka mendapati bayi yang menggenggam dengan semua jari akan mencengkam 95% kekuatan dalam suatu masa. Cengkaman mereka juga adalah berdasarkan kepada bentuk dan saiz objek. Faktor utamanya adalah berdasarkan kepada kematangan usia kanak- kanak untuk menggenggam sesuatu objek. Hal ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap kanak- kanak yang lebih matang di mana cengkaman mereka adalah lebih kuat disebabkan oleh faktor saiz tangan dan saiz objek.

Semakin besar saiz tangan kanak- kanak, semakin kuat genggaman tangan mereka terhadap objek. Dalam pada itu, kekuatan genggaman kanak- kanak lelaki dan perempuan juga berbeza antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, jelas menunjukkan bahawa pengaruh interaksi antara bayi, persekitaran dan tugas adalah penting dalam menguasai kekuatan menggenggam dan struktur tersebut juga dapat dilihat ketika peringkat masih bayi.

5.1.1 Beza kekuatan genggaman mengikut umur kanak- kanak :

a. Lahir – 1 tahun

Bayi yang berumur antara 16 minggu hingga 52 minggu dapat menggenggam satu objek dengan kedua- dua belah tangan. Bayi pada tahap ini biasanya akan menggenggam dan membelek objek tersebut dengan menggunakan ibu jari mereka. Jenis genggaman ini disebut sebagai genggaman terkumpul bagi menghasilkan suatu usaha atau kuasa menggenggam.

Setelah bayi mencapai usia 9 bulan, bayi pandai dan boleh menggunakan semua jari mereka untuk menggenggam objek. Genggaman ini lebih dikenali sebagai perkembangan dalam ketepatan mencengkam objek. Secara kesimpulannya, perkembangan menggenggam untuk tahun pertama umur bayi adalah merupakan perkembangan daripada kebolehan mencengkam kepada kebolehan mencengkam dengan baik dan tepat.

b. 3 – 5 tahun

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak lebih suka menggenggam objek dengan menggunakan kedua-dua belah tangan tanpa mengambil kira saiz objek tersebut sama ada kecil atau besar.

c. 5 – 9 tahun

Pada peringkat usia kanak- kanak meningkat kepada 5 hingga 9 tahun, genggaman tangan mereka terhadap objek juga sama dengan peringkat kanak- kanak pada usia 3 hingga 5 tahun. Mereka akan menggenggam objek dengan menggunakan kedua- dua belah tangan. Akan tetapi, pada tahap umur ini mereka banyak bergantung kepada keadaan persekitaran dan tugasan yang mereka lakukan. Mereka mampu untuk menggenggam dengan menggunakan sebelah atau kedua- dua belah tangan.

Mengikut Kuthz-Buschbeck (1998), menyatakan bahawa setiap kekuatan genggaman adalah bergantung kepada saiz, berat dan bentuk sesuatu objek yang dipegang. Kanak-kanak banyak belajar dan berlaku perkembangan motor mereka melalui pengalaman yang mereka lalui. Oleh itu, orang dewasa adalah individu yang berperanan dalam menggalakkan dan tidak boleh menghalang setiap aktiviti yang dilakukan kanak- kanak. Hal ini adalah kerana perkembangan kanak- kanak adalah berlaku secara bertahap.

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez