Sunday, March 28, 2010

Aktiviti mencapai dan menggengam menggunakan dua tangan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 6:40 AM

7.0    Aktiviti mencapai dan menggenggam menggunakan dua tangan

    Dalam perkembangan motor ini, bayi juga mempunyai keupayaan dalam mencapai dan menggenggam. Bayi atau kanak-kanak boleh mencapai kepada tahap capaian yang menggunakan kedua- dua belah tangan. Fungsi mencapai objek dengan menggunakan kedua- dua belah tangan adalah sebagai menyokong kepada keupayaan tangan terhadap objek. Sebagai contoh, jika seseorang kanak- kanak memegang sebuah bekas yang mempunyai penutup, fungsi kedua-dua belah tangan adalah sangat penting di mana sebelah tangan memegang bekas dan sebelah tangan lagi membuka penutup bekas.

    Pergerakan tangan bayi adalah pada tahap yang tidak seimbang. Oleh itu, pada usia bayi seawal 2 bulan, pergerakan pertama bayi adalah sekitar pergerakan dua hala dan bayi hanya boleh mencapai objek yang hampir dengan persekitaran mereka sahaja. Pada usia bayi meningkat kepada 4 bulan hingga 5 bulan, mereka akan mencapai objek dengan kedua- dua belah tangan. Apabila masuk usia 5 bulan, mereka mula mencapai objek dengan sebelah tangan dan menggenggam dengan dua tangan. Ketika usia bayi mencecah 7 bulan, tahap mencapai bergantung kepada keupayaan bayi sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedu-dua tangannya. Keupayaan mencapai pada tahap ini adalah bergantung kepada kedudukan mereka dengan objek dan bergantung kepada saiz, berat serta bentuk objek yang terdapat di persekitaran mereka. Keupayaan mencapai menggunakan kedua- dua belah tangan adalah berlaku mengikut kesesuaian masa dan ruang.

    Selepas memasuki usia 8 bulan, keupayaan bayi mencapai objek menggunakan dua tangan dan cuba menggenggam dengan sebelah tangan sahaja. Proses yang dilakukan perlukan kombinasi antara kekuatan kedua- dua belah tangan. Apabila mencapai usia 12 bulan, bayi tertumpu lebih daripada satu objek di mana mereka akan mencapai dua objek dengan masing- masing pada kanan dan kiri tangan, kemudian, kedua- dua objek itu akan dirapatkan antara satu sama lain sehingga mengeluarkan bunyi objek.

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez