Sunday, March 28, 2010

Pengkelasan kemahiran motor

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 7:44 AM

4.0    Pengelasan Kemahiran Motor

Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu

4.1    Kriteria
Ketepatan
Lakuan

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Dalam kemahiran motor kasar ia melibatkan penggunaan otot-otot
besar
sebagai otot utama dalam pergerakan. Contoh penggunaan otot-otot besar adalah berlari, angkat berat dan menendang bola. Manakala dalam kemahiran motor halus pula ia melibatkan penggunaan otot-otot
kecil
sebagai otot utama dalam pergerakan. Contoh penggunaan otot- otot kecil adalah menembak, memanah dan boling padang.

4.2    Kriteria
Ciri
Pergerakan

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran ini dihasilkan oleh individu atau pelaku secara terkawal atau di luar kawalan. Terdapat tiga kriteria ciri pergerakan iaitu kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri. Kemahiran diskrit mempunyai titik
permulaan
dan titik
pengakhiran
yang spesifik. Ia melibatkan pergerakan
pantas dan masa yang
terhad. Contoh bagi kemahiran ini adalah seperti merejam bola dalam permainan sepak takraw (dalam masa yang singkat pemain perlu melakukan kemahiran rejaman). Bagi kemahiran berterusan pula ia melibatkan pergerakan
yang
sama
dan dilakukan berulang-ulang
kali
dengan titik mula dan titik akhir. Contoh bagi kemihiran berterusan adalah seperti berenang atau berlari. Manakala bagi kemahiran siri pula ia merupakan gabungan
beberapa
kemahiran
diskrit yang dicantum secara bersiri. Ia mempunyai fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya sebagai contoh adalah dalam lompat jauh dimana ia bermula dengan fasa berlari kemudian fasa lonjakan seterusnya fasa layangan dan akhir sekali fasa mendarat.

4.3    Kriteria
Stabiliti
Persekitaran

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan persekitaran dimana kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada kemahiran luar kawal (open skill) dan kemahiran terkawal (close skill). Bagi kemahiran luar kawal atau open skill, kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang berubah-ubah. Jadi semasa melakukan kemahiran ini, pemain atau objek berada dalam keadaan bergerak. Tindakan pemain dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Contoh yang paling mudah ialah reaksi pemain badminton apabila terima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain ini ingin melakukan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis di pihak lawan. Manakala bagi kemahiran terkawal atau close skill pula, kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang stabil. Setiap pergerakan dikawal dan ditentukan sendiri oleh pemain. Sebagai contohnya ialah melempar cakera. Pemain perlu kawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul.

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez