Sunday, March 28, 2010

mencapai

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 7:03 AM

6.0 Mencapai

Salah satu pergerakan manipulatif adalah mencapai atau lebih dikenali sebagai reaching. Aktiviti mencapai ini adalah keinginan bagi kanak-kanak memegang dan mencapai segala objek di hadapan mata. Sikap kanak-kanak yang sangat aktif dan ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka ini ingin untuk melalukan aktiviti mencapai apa sahaja yang mereka lihat dengan mata kasar mereka. Kanak-kanak ini tidak dapat menilai bahaya atau tidak bahaya sekiranya kanak-kanak ini melakukan aktiviti mencapai sesuatu benda. Contoh barang atau peralatan yang sering dicapai adalah seperti bola, bantal, barang permainan dan banyak lagi. Kemahiran dalam proses mencapai objek dapat dilihat dalam 3 fasa utama iaitu :

i. Pre-reaching ( lahir – 4 bulan )

ii. Mencapai apabila melihat ( 4 bulan – 8 bulan )

iii. Mencapai secara menggenggam ( 9 bulan – 12 bulan )

6.1 Pre- reaching

Fasa pre- reaching adalah berlaku pada tahap umur bayi seawal kelahiran hingga bayi berusia 4 bulan. Peringkat ini adalah merupakan peringkat melihat yang bermula pada peringkat awal kelahiran sehingga bayi membesar dan berkembang. Pada peringkat umur ini, mereka akan mencapai segala apa yang dilihat oleh mereka. Kemudian, mereka akan mendorong tangan mereka untuk mencapai objek tersebut. Kanak- kanak pada tahap umur ini lebih kepada proses mencapai dan menggenggam objek yang dilihat. Mereka akan berusaha untuk mencapai segala jenis objek yang dilihat di hadapan mata. Ia juga bergantung kepada kedudukan postur bayi di mana bayi akan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai. Bayi pada peringkat ini juga mampu mengangkat kepalanya untuk bergerak mencapai objek.


Gambar bayi mengangkat kepalanya untuk bergerak mencapai objek


Walaupun secara semula jadinya setiap bayi yang lahir mempunyai koordinasi mata dan tangan, namun terdapat perbezaan yang penting dalam peringkat mencapai iaitu melalui faktor kematangan antara bayi dengan kanak- kanak yang lebih matang. Antara perbezaan tersebut adalah bayi tidak dapat menganggar maklumat daripada persekitaran ketika mencapai sesuatu objek. Pada peringkat ini mereka hanya mampu untuk menghulurkan tangan untuk mencapai tetapi bukan dengan capaian yang tepat untuk sampai kepada objek.

Bayi juga tidak dapat menyeimbangkan pergerakan mereka untuk mencapai objek dan ia berbeza dengan kanak- kanak yang lebih matang di mana kanak- kanak yang matang usianya mampu untuk mengkoordinasi mata dan tangan mereka dengan baik dan tepat. Malah bayi juga akan berusaha mencapai segala benda yang mereka lihat tanpa mengambil kira faktor kepada saiz, berat dan bentuk objek yang ingin dicapai. Mereka tidak dapat mengagak saiz objek dengan keupayaan tangan mereka untuk mencapai objek. Selain itu bayi juga gagal untuk mencapai objek secara tepat kerana koordinasi mata dan tangan mereka masih pada peringkat yang lemah berbanding dengan kanak- kanak yang lebih matang.


6.2 Mencapai apabila melihat

Perkembangan kepada proses menggenggam dan mencapai bayi adalah berlaku secara aktif pada usia bayi mencecah 4 bulan. Dalam tempoh usia bayi lahir hingga 4 bulan, mereka hanya mampu untuk melihat objek tetapi gagal mencapainya secara tepat. Pada usia bayi meningkat kepada 4 bulan hingga 7 bulan, perkembangan untuk fokus dan tertumpu kepada suatu objek semakin tinggi. Mereka semakin dapat menganggar koordinasi mata dan tangan mereka untuk mencapai objek.

Bayi pada peringkat usia ini adalah dalam proses untuk menyesuaikan penglihatan mereka dengan sesuatu objek yang terdapat di persekitaran mereka. Oleh itu, mereka akan menyesuaikan kedudukan mereka dengan keadaan persekitaran iaitu dengan memastikan koordinasi mata dan tangan mereka bertindak dengan baik dan tepat. Mereka akan berusaha untuk memastikan tangan mereka dapat mencapai objek yang dilihat. Keupayaan mereka untuk mencapai objek juga turut dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di mana sesuatu tempat yang mudah untuk dicapai akan menjadi sasaran mereka. Secara lebih tepat, keupayaan mencapai bayi adalah pada usia 7 bulan sebelum mereka meningkat kepada peringkat perkembangan mencapai yang lebih sukar.


Gambar bayi mencapai apabila melihat

6.3 Mencapai secara tepat

Pada usia bayi mencecah kepada 12 bulan, peringkat mencapai bayi telah bermula secara tepat dan akan segera membetulkan potensi mencapai sekiranya cubaan mencapai yang pertama adalah tidak sampai atau tidak tepat. Ia adalah kerana faktor kekuatan pergerakan lengan yang kuat dan bayi peringkat umur ini lebih cepat mendapat maklumat tentang kedudukan sesuatu objek dengan lengan mereka. Faktor ini telah diperkuatkan oleh McDonnell, 1979. Bayi juga tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam mencapai objek kerana mereka sudah dapat mengagak kedudukan objek dengan lengan mereka. Selain itu, ia juga mungkin kerana faktor kesesuaian bentuk yang dipegang dengan perkembangan saiz tangan bayi yang cepat berlaku.


Gambar bayi mencapai secara tepat

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez