Sunday, March 28, 2010

Asas kawalan motor

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:22 AM

3.0 Asas
Kawalan Motor

Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi yang dikenali sebagai lakuan motor. Lakuan motor boleh diertikan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima. Terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) dan lakuan motor berkemahiran (voluntari). Lakuan motor juga mempunyai beberapa komponen yang penting antaranya:

a) Kuasa

Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

b) Ketangkasan

Ketangkasan ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

c) Kelajuan
kepantasan

Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.


d) Koordinasi

Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ia juga merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga melibatkan kemampuan atau kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Ia juga merupakan paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja atau lakuan itu lancar atau licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.

e) Imbangan

Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan statik ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat dan imbangan dinamik ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Ia juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

3.1 Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (involuntari)

Lakuan motor tanpa kemahiran adalah merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Ianya berlaku secara spontan dalam masa yang singkat. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut. Contoh pergerakan voluntari yang paling sesuai adalah pantulan lutut dan tarikan tangan atau kaki bila terkena benda panas.

Mekanisme ringkas pergerakan involuntari (Pantulan lutut)



Carta Aliran: Mekanisme umum pergerakan involuntari (Terpijak Paku)


3.2 Lakuan Motor Berkemahiran (voluntari)

Lakuan motor berkemahiran atau pergerakan voluntari ialah merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku boleh memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang mereka kehendaki. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan juga latihan. Setiap mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran. Manakala interaksi pelaku dengan persekitaran pula dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai pergerakan berkemahiran. Pergerakan berkemahiran terbahagi kepada dua jenis iaitu kemahiran generik dan kemahiran berobjektif.

Contoh yang paling sesuai untuk pergerakan ini adalah sepak takraw dan badminton. Bagi aktiviti sepak takraw, apabila menerima servis, pemain yang kurang mahir mungkin akan menghantar terus bola ke pihak lawan. Manakala bagi pemain yang mahir akan mengangkat, mengumpan dan merejam bola ke gelanggang lawan. Bagi aktiviti badminton pula pemain yang mahir akan membuat smesy atau drop shot apabila mendapat hantaran bola tinggi. Manakala pemain yang kurang mahir, mungkin akan membalas dengan hantaran setengah gelanggang.

Carta Aliran: Mekanisme umum pergerakan voluntari


3.2.1 Kemahiran Generik

Kemahiran generik merangkumi kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia juga melibatkan kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Kematangan individu berlaku secara semula jadi
(sejak lahir). Perubahan kematangan
berlaku dengan cepat pada usia kanak-kanak
dan berkurangan pada umur dua
puluhan. Sebagai contoh adalah pertumbuhan
otot.

3.2.2 Kemahiran Berobjektif

Berkemahiran dalam menentukan satu- satu matlamat yang ingin dicapai. Kemahiran ini perlu dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan yang kerap dan sistematik. Sebagai contoh dalam aktiviti larian. Setiap individu perlu mempelajari teknik larian yang khusus jika ingin mendapat tahap kelajuan yang optimum. Dalam kemahiran ini juga mempunyai unsur-unsur penting antaranya ialah kecekapan, ketepatan, ketekalan dan cepat bertindak terhadap rangsangan.

1 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera... terima kasih kerana beri saya sedikit ilmu pergetahuan berkenaan kawalam motor, ai akan membantu saya untuk berlajar untuk sem ini...

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez