Sunday, March 28, 2010

kesimpulan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 6:32 AM

9.0    Kesimpulan

Kemahiran dalam membuat pergerakan dan kestabilan adalah tidak dapat dipisahkan. Kestabilan adalah sangat penting semasa bermain. Hal ini kerana pergerakan pemain sangat penting kerana peruntukkan masa adalah sangat minimum. Jika pemain dapat mengimbangi badan dengan baik, maka pihak lawan mungkin berpeluang mengalahkan mereka dengan lebih cepat. Kemahiran dalam mengimbangi badan adalah salah satu sebab mengapa pemain profesional membuat jangkaan dalam pertandingan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelirukan pihak lawan. Peregrakan yang dilakukan oleh pemain akan membantu mereka supaya bergerak dengan lebih berkesan dan dengan mereka dapat bermain dengan cekap. Pemain akan menghentam bola dengan lebih konsisten, dan mempunyai supaya dapat mengurangkan kecederaan.

Pergerakan terbahagi kepada dua iaitu pergerakan voluntari dan involuntari. Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran. Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada persekitaran.

Lakuan motor berkemahiran (voluntari) adalah lakuan motor berkemahiran yang merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran. Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Contohnya, permainan badminton, apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smash, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.

Oleh itu, pergerakan dan kestabilan perlu diselaraskan kerana penting untuk mengelirukan pihak lawan dalam permainan. Kestabilan tubuh badan juga amat penting untuk mngelakkan kita daridapa terjatuh ketika bermain.

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez