Sunday, March 28, 2010

pengenalan

Posted by KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI at 8:35 AM

1.0 Pengenalan

Kestabilan bermaksud keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Stabiliti dicapai apabila daya yang dikenakan dalam sebarang arah dapat diseimbangkan oleh daya yang sama bertindak dalam arah yang bertentangan. Contohnya, apabila individu berdiri dengan menggunakan satu kaki atau berjaya meletakkan buku atas kepala.

Selain itu, kestabilan juga ialah kesempurnaan dan kelicinan pergerakan manusia bergantung kepada keupayaan badan atau anggota menyeimbangkan diri dan anggota yang berkenaan. Keseimbangan badan ada kaitan dengan keseimbangan dan pusat graviti. Manusia sentiasa berada dalam keadaan pegun atau bergerak. Manusia sentiasa dikawal oleh prinsip statik ketika ia sedang pegun dalam prinsip dinamik.

Oleh kerana demikian, hukum graviti sentiasa beroperasi keatas bumi, maka masalah kestabilan sentiasa wujud. Selagi manusia bergerak selagi itulah mereka perlu mengubah kedudukan dengan tarikan gravity yang berada pada badannya. Mungkin hanya ketika tidur atau baring berehat dia tidak perlu bertindak balas keatas daya atau tarikan graviti.

Kemahiran motor kasar pula bermaksud pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan. Otot-otot besar seperti kaki dan tangan. Perkembangan motor kasar dipengaruhi oleh latihan yang diberi kepada bayi. Contohnya aktiviti yang melibatkan menendang atau membaling. Kemahiran motor halus bermaksud pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot kecil pada anggota badan seperti jari dan lengan. Aktiviti motor halus seperti menggenggam, mencapai dan menepuk. Bagi bayi, sebelum dapat menggerakkan motor kasar, perkembangannya akan dimulakan dengan menggerakkan motor halus terlebih dahulu dan diikuti dengan pergerakan motor kasar. Kebolehan bergerak di dalam satu garisan lurus atau pun bengkok dengan semua bahagian badan berada pada arah dan kelajuan yang sama adalah maksud bagi kemahiran lokomotor manakala kemahiran bukan lokomotor bermaksud kebolehan pergerakan badan dalam keadaan tetap dan tidak berulang-ulang.

0 comments:

Post a Comment

 

KESTABILAN DAN PERGERAKAN VOLUNTARI (A) Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez